Sunday 17 August 2014

About Us

MODISH BOUTIQUE

Modish Boutique beroperasi sejak 2011 sehingga kini dan berkonsepkan vendor. Modish Boutique mempunyai krew dan founder seramai lima orang. Sebelum ini kami beroperasi di Tanjung Karang pada tahun 2011-2013. Pada awal  tahun 2014 cawangan kami berpindah ke Kuala Selangor di mana lokasinya lebih strategik dan mudah untuk pelanggan mencari Modish Boutique.

Kami memilih konsep vendor kerana kami ingin memberi peluang kepada peniaga online supaya pelanggan lebih mudah untuk membuat pilihan barang-barang yang terdapat di Modish Boutique. Selain menjual kelengkapan wanita kami juga menjual makanan seperti pepero, popia nestum, coklat mars bar dan sebagainya.

Kami menjangkakan Modish Boutique akan berkembang pesat dan merancang untuk menambahkan kafe di dalam butik kami supaya pelanggan dapat membeli-belah dalam suasana yang tenang sambil dapat menjamu selera. Kepada isi keluarga yang menunggu ahli keluarga mereka yang sedang membeli-belah, mereka juga boleh menunggu di kafe kami. 

No comments:

Post a Comment